Ramai
lelaki di negara ini berdepan risiko mati pucuk pada usia muda
disebabkan menghadapi masalah batin kronik angkara perbuatan sendiri.
Ia
berpunca daripada sikap ketagih melakukan onani, kerap menonton video
lucah dan gemar mengunjungi pusat urut batin tidak bertauliah yang
menawarkan pelbagai perkhidmatan ‘ekstra’.
Lebih
membimbangkan, perbuatan mereka sebelum berkahwin itu memberi kesan
apabila mendirikan rumah tangga, malah ada kes dilaporkan berlakunya
perceraian pada malam pertama perkahwinan.
Akibat
tidak mampu memuaskan nafsu isteri, ada yang terpaksa bergantung kepada
alat bantuan seks dan video lucah ketika melakukan hubungan kelamin dan
lebih parah, ada yang sanggup membenarkan rakan memuaskan nafsu
isterinya sambil dia menyaksikannya.
Pakar
sakit tuan, Dr Ismail Thamby, berkata dia menerima sekurang-kurangnya
20 pesakit, 40 khidmat pesanan ringkas (SMS) dan lebih 120 panggilan
telefon setiap bulan daripada lelaki yang berdepan masalah membabitkan
lemah syahwat.
Menurutnya,
lelaki bermasalah itu bukan saja golongan berkahwin tapi ramai juga
yang bujang, termasuk yang membuat persiapan untuk berkahwin dalam masa
terdekat.
“Ramai
lelaki mengalami lemah syahwat akibat terlalu lama bergelumang dengan
seks bebas. Ini menyebabkan mereka tidak mampu melaksanakan tugas dengan
baik pada malam pertama, biarpun berasakan diri penuh pengalaman.
“Ini
kerana ‘seruan malam pertama’ berlainan. Jika gagal melakukan
penetrasi, tidak mustahil mereka kecundang dalam cubaan seterusnya,”
katanya.
Dr
Ismail berkata, di kalangan lelaki yang sudah lama berkahwin pula, ada
yang memendam masalah lemah tenaga batin yang mereka alami untuk tempoh
terlalu lama sehingga merosakkan rumah tangga masing-masing.
“Ia
perkara serius tetapi biasanya individu yang berdepan masalah terbabit
sanggup datang selepas lama ‘menderita’, menyebabkan masa berharga
terbuang begitu saja,” katanya.
Bagi
pengamal perubatan tradisional, Ummul Khanna Mohd Nor, 63, atau lebih
dikenali sebagai Bonda, secara purata dia dikunjungi hampir 40 lelaki
setiap bulan, yang hampir semuanya mengadu mengalami masalah lemah
tenaga batin.
Dia
yang berpengalaman 36 tahun dalam bidang urutan tenaga batin berkata,
biarpun dia turut berkepakaran memberi rawatan kepada wanita yang
menghadapi masalah seksual, sebahagian besar yang mengunjunginya adalah
lelaki.
“Rumusan saya, ramai lelaki hari ini terbabit dengan aktiviti seksual sejak remaja. Contoh paling mudah ialah melakukan onani.
“Saya
pernah didatangi seorang remaja belasan tahun yang menanggung derita
apabila darah keluar dari zakarnya akibat terputus urat saraf. Puncanya,
dia mengaku melakukan onani sejak usia lapan tahun.
“Dalam
kes lain, seorang remaja berusia 19 tahun mengalami mati pucuk. Apabila
saya tanya, dia mengaku melakukan onani sehingga lima atau enam kali
sehari sejak usianya akil baligh,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
dia
mengkategorikan masalah pesakit kepada empat tahap iaitu pra kritikal
yang masih boleh berfungsi tetapi cepat klimaks; kritikal (ada masa
boleh berfungsi dan ada ketika tidak); kritikal parah (tidak boleh
melakukan hubungan kelamin kerana zakar tiada ereksi) dan mati pucuk.
Sehubungan
itu, Bonda menasihatkan remaja supaya memahami kesan buruk akibat
memuaskan nafsu sendiri dengan pelbagai cara terlarang.
“Sebenarnya,
masyarakat kita kurang ilmu mengenai masalah seksual dan ia sukar
dibincangkan kerana malu. Jadi saya berharap remaja mengetahui kesan
sampingan akibat perbuatan yang hanya seronok sementara berbanding
kesengsaraan berpanjangan,” katanya.
Bonda
berkata, pesakit terbarunya ialah lelaki berusia 25 tahun yang bakal
mendirikan rumah tangga akhir tahun ini.Katanya, lelaki itu mengalami
masalah alat sulitnya lembik. Selepas diselidik, lelaki yang berkerjaya
profesional itu mengaku suka melakukan onani di dalam bilik sambil
melayari laman web lucah.
“Sebelum
ini seorang pemuda dari Kedah gemar mengunjungi pusat urut yang
menawarkan seks oral sejak usianya 20 tahun. Akibatnya dia hampir mati
pucuk ketika usia 27 tahun,” katanya.
Menurut
Bonda, tindakan memuaskan nafsu dengan cara onani, oral seks atau
melakukan hubungan songsang sebenarnya mengundang padah dan kesengsaraan
berbanding kenikmatan sementara.
“Sebenarnya
onani merosakkan urat saraf dan ini banyak saya temui berlaku pada
pesakit saya. Apabila melakukan onani, tangan yang kasar menarik kulit
atas dan bawah dan ini menyebabkan struktur kulit longgar atau
kendur.“Ada kulit pesakit saya hampir menutup kepala zakarnya dan
menyebabkan ia tidak boleh menegang dengan baik,” katanya.
Bonda
berkata, seks oral dan hubungan songsang juga dikhuatiri boleh
menyebabkan jangkitan kuman daripada air liur selain ketagih sehingga
menyebabkan dengan cara itu saja seseorang mendapat kepuasan.
“Pada
usia remaja, golongan ini seronok melakukan pelbagai cara untuk
memuaskan nafsu tetapi selepas berkahwin alat sulitnya gagal berfungsi,
malah ada yang baru hendak mula, sudah keluar air mani.
“Banyak
juga kes diterima di mana suami tidak mampu memuaskan nafsu isteri,
malah ada yang tergamak menggunakan khidmat rakan untuk memuaskan
isterinya sambil dia jadi penonton.
“Ada
juga suami hanya bergantung kepada video lucah untuk menaikkan nafsunya
baru boleh melakukan hubungan kelamin dan lebih parah lagi, ada isteri
minta cerai apabila suami cepat klimaks,” katanya.
Menurut Bonda, untuk setiap pesakit yang mendapatkan rawatannya, dia menggunakan lima kaedah sebelum memberi rawatan khusus.
“Rawatan
bagi masalah batin yang kronik perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga
kali. Pada kali pertama, saya periksa tekanan darah, prostat dan abdomen
sambil menyelami punca masalah.
“Selepas
itu saya jalankan rawatan mengurut seluruh badan untuk melancarkan
perjalanan darah. Kemudian periksa tekanan darah di kelenjar paha, sama
ada stabil atau tidak. Jika ada masalah, saya akan betulkan urat saraf
dan akhirnya rawatan khusus,” katanya.
Sumber : Metro Ahad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan